fbpx

APAKAH TERAPI PANAS (HOT PACK) & TERAPI SEJUK/AIS (COLDPACK)?

 

Pemilihan untuk penggunaan rawatan ais atau panas adalah rawatan yang efisien dalam merawat kondisi seperti kecederaan sukan, ketegangan dan kekejangan otot, dan lain lain lagi. Kedua-dua kaedah rawatan ini bertindak dari segi mengurangkan kesakitan,kecederaan tisu dan otot. Fungsi kedua-dua rawatan ini adalah bagi mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi badan.

 

Terapi Panas (Hot Pack)

 

Dalam bidang perubatan, terapi panas atau rawatan haba juga dikenali sebagai ‘thermotherapi’. Termoterapi ini merupakan sejenis rawatan terapeutik yang akan meningkatkan suhu dalam badan dan tisu didalam badan.

Antara jenis rawatan termoterapi ialah pek panas (hot pack), Ultrasound, Infarered (sinaran lampu merah)dan lain-lain lagi. Semua modaliti ini mempunyai kesan patofisiologi seperti peningkatkan suhu dalam tisu, meningkatkan metabolisme badan, melancarkan pengaliran darah serta meregangkan ketegangan otot dan tisu.

Apabila terdapat pengaliran darah yang lancar ke seluruh badan, maka badan akan mendapat bekalan oxygen dan nutrisi yang baik dan mampu meningkatkan proses penyembuhan.

 

Terapi Sejuk/Ais (Cold Pack)

 

Terapi sejuk atau ais ialah rawatan terapeutik yang berlawanan dengan terapi panas dimana terapi sejuk atau cold pack ini boleh menurunkan suhu dalam badan dan tisu dalam badan.

Apabila suhu dalam badan menurun ini akan membantu  mengurangkan proses inflamasi, bengkak, mengurangkan pengaliran darah akibat luka dan ketegangan tisu. Contoh modaliti ais yang sering digunakan oleh fisioterapi ialah pek ais, mandian ais, urutan ais dan penyembur sejuk.

Carta di bawah akan menunjukkan lebih lanjut tentang kesan kedua-dua rawatan.

 

terapi-sejuk-terapi-panas-sumayya-physio-centre

 

Cara Rawatan Terapi Panas dan Terapi Sejuk

 

Rawatan Ais

 

Rawatan Ais hendaklah dituamkan kepada kondisi atau kecederaan yang baru atau akut, keradangan, otot tegang

terapi-sejuk-terapi-panas-sumayya-physio-centre-3

source

 

Rawatan Haba

 

Rawatan Haba pula untuk kesakitan otot yang bukan baru ataupun untuk kondisi kronik dan kelenguhan atau kelemahan otot badan.

terapi-sejuk-terapi-panas-sumayya-physio-centre-2

source

Kesimpulan

 

Kesimpulannya rawatan sejuk dan panas seharusnya digunakan mengikut kesesuaian dan jenis kecederaan yang dialami dan rawatan yang betul akan mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan kesakitan, mengurangkan pendarahan, mengurangkan bengkak dan membantu kelenturan yang maksima dan membantu penyembuhan tisu.

 

Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan terapi panas dan terapi sejuk, boleh hubungi kami di talian 010-2683758 atau terus buat tempahan secara online di https://sumayyaphysio.com/booking

 

Artikel ini ditulis oleh: GJEESAN GONASAGARAN (BPT)
× Boleh saya bantu?