fbpx

Rawatan Kecederaan Sukan dan P.R.I.C.E

 

Kecederaan sukan berlaku tanpa kita jangka dan boleh berlaku pada bila- bila masa sahaja. Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Apabila seseorang mengalami kecederaan semasa bersukan sebagai contoh otot koyak, saluran darah yang berhampiran dengan otot tersebut akan turut mengalami situasi yang sama.

Cara mendapat kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun kecederaan semasa bersukan adalah perkara yang biasa semasa menjalankan aktiviti sukan lasak atau aktiviti sukan.

 

Punca Berlaku Kecederaan Sukan

 

Antara sebab berlakunya kecederaan semasa bersukan ialah:

  • berlaku pertembungan di antara satu sama lain
  • terkena hentakan secara langsung daripada pihak lawan ataupun peralatan bersukan
  • jatuh
  • aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan

 

Simptom Semasa Kecederaan Sukan

 

Sekiranya berlaku kecederaan ketika anda bersukan, anda mungkin akan mengalami beberapa tanda atau simptom berikut:

  • Sakit di bahagian yang cedera
  • Bengkak di tempat yang cedera
  • Lebam atau kulit menjadi kebiruan di tempat kecederaan
  • Kecacatan struktur sebagai contoh berlakunya kecacatan di tempat kecederaan seperti terseliuh dan patah
  • Kecederaan fungsi sebagai contoh, bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti biasa, lutut tidak dapat bengkok
  • Untuk individu yang mengalami kecederaan otak akibat hantukan, mereka mungkin akan mengalami sakit kepala, pening, loya dan muntah

 

Prinsip P.R.I.C.E

 

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan sekiranya anda mengalami kecederaan semasa bersukan iaitu prinsip PRICE. Prinsip P.R.I.C.E ini langkah rawatan pertolongan cemas yang dicadangkan terutamanya dalam tempoh 24 ke 72 jam yang pertama.

Tujuan rawatan awal kecemasan ini diberikan ketika mengalami kecederaan ialah untuk menghentikan pendarahan atau mengurangkan bengkak, mengurangkan sakit, mengelakkan kecederaan menjadi lebih teruk dan sekaligus mengurangkan inflamasi.

Sekiranya rawatan awal ini diberikan denganbetul dan seawal mungkin, ia boleh mempengaruhi tempoh sembuh sesuatu kecederaan itu sendiri.

 

prinsip-price-kecederaan-sukan-sumayya-physio-centre

 

Prinsip asas PRICE membawa maksud:

 

P –  ‘P’ untuk ‘Protect’ yang membawa maksud lindung.

Lindungi bahagian atau kawasan yang tercedera tersebut supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.

 

R – ‘R’ Untuk ‘Rest‘ bermaksud rehat.

Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekalkan bahagian yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.

 

I – ‘I’ Untuk ‘Ice‘ bermaksud ais.

Letakkan ais di bahagian yang tercedera kerana ais akan menyebabkan salur darah mengecut, ini boleh menghadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.

 

C –‘C’ Untuk ‘Compression‘ bermaksud memberikan tekanan.

Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan tetapi balutan tidak perlu terlalu ketat.

 

E –‘E’ Untuk ‘Elevation‘ bermaksud angkat atau ampu.

Angkat bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung sekerap yang mungkin kerana ini mampu mengurangkan bengkak

 

Langkah Keselamatan Ketika Bersukan

 

Keselamatan ketika bersukan seharusnya dititiberatkan oleh semua orang untuk mengelakkan berlakunya kecederaan semasa bersukan. Antara langkah-langkah penting yang boleh diambil ialah:

  • Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar untuk menunggang, meluncur atau menggunakan papan luncur
  • Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkan menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju
  • Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur skateboard atau in-line skate
  • Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh
  • Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan
  • Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selesema
  • Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda dari kecederaan
  • Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda

 

Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan untuk setelah mengalami kecederaan sukan, boleh hubungi kami di talian 010-2683758 atau terus buat tempahan secara online di https://sumayyaphysio.com/booking

 

Artikel ini ditulis oleh: NURHAYATI ROSLAN

× Boleh saya bantu?