fbpx

Kebaikan dan Keburukan Pengamalan Gula

 

Gula adalah salah satu bahan kegemaran seluruh masyarakat namun berlebihan gula akan memudaratkan kesihatan, gula ialah nama generik untuk rasa manis yang digunakan dalam makanan atau  minuman.

Terdapat dua jenis gula:

  1. Gula semulajadi daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan madu.
  2. Gula tambahan iaitu gula yang ditambah kedalam makanan atau minuman samada semasa diproses, dimasak atau secara terus.

 

Keburukan Pengamalan Gula Yang Berlebihan

 

Rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan dari pengambilan gula secara terhad ini kerana kita sudah membiasakan diri dari kecil untuk mengemar makanan yang bergula tinggi namun melalui pengambilan gula yang berlebihan ini dalam jangkamasa panjang boleh menyebabkan:

 

  • Kencing manis
  • Peningkatkan berat badan dan obesiti dan keadaan ini menjadi lebih serius apabila kurangnya aktiviti fizikal dan diet harian
  • Karies gigi.
  • Perubahan sikap seperti panas baran atau hilang daya tumpuan
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit jantung

 

Kebaikan Pengambilan Gula

 

  1.  Gula membekalkan tenaga segera untuk menyokong produktiviti harian seseorang. Glukosa adalah bahan bakar utama untuk badan dan ia berasal dari pemecahan gula. Tanpa glukosa kita tidak akan mempunyai stamina.
  2. Setelah glukosa diubah menjadi tenaga, tubuh kita  akan menyimpan sebahagian glukosa sebagai simpanan tenaga untuk kemudian. Proses ini dipanggil glycogenesis dan  ini membolehkan kita menjalani jangka masa yang panjang tanpa makan, namun pengambilan glukosa melebihi kapasiti penyimpanan akan berubah menjadi lemak.
  3. Gula dapat memberikan peningkatan atau perubahan ‘mood’ yang gembira kerana salah satu bahagian otak kita akan berfungsi untuk membantu menstabilkan hormon badan dan menukar ‘mood’ kita.

 

kebaikan-dan-keburukan-gula-sumayya-physio-centre

source

 

Kesimpulan

 

Jadi secara ringkasnya kita boleh katakan bahawa gula mempunyai kebaikan dan keburukannya, jadi amalkan pengambilan gula dalam kuantiti yang terhad kerana badan kita memerlukan gula untuk sumber tenaga. Elakkan pengamalan gula yang berlebihan dan bersenam selalu untuk kekal sihat.

 

Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan fisioterapi ataupun urutan badan, boleh hubungi kami di talian 010-2683758 atau terus buat tempahan secara online di https://sumayyaphysio.com/booking

 

Artikel ini ditulis oleh: GJEESAN GONASAGARAN

 

× Boleh saya bantu?