fbpx

“Hallux Valgus” iaitu Kecacatan Sendi Ibu Jari Kaki

 

Hallux Valgus ataupun lebih dikenali sebagai Bunion adalah sejenis kecacatan sendi yang menghubungkan jari kaki besar ke kaki. Apabila ibu jari kaki dibengkokkan, sendi akan menjadi merah dan menyakitkan. Bunion biasanya bermula secara berperingkat sedikit demi sedikit dan lama kelamaan ia akan turut mewujudkan komplikasi lainĀ  seperti bursitis (radangan/ bengkak yang berlakuĀ  pada kantong cairan yang berfungsi sebagai bantal antara tulang dan tendon) atau arthritis (kesakitan dibahagian sendi).

hallux-valgus-kecacatan-sendi-ibu-jari-kaki-sumayya-physio-centre

source

 

Punca Hallux Valgus

 

Punca berlakunya kondisi ini tidak sebenarnya diketahui namun ada segelintir pakar berpendapat faktor yang dianggap boleh menjadikan kondisi ini serious ialah faktor pemakaian kasut tumit tinggi atau kasut yang ketat/ sejarah keluarga/ atau kondisi artritis reumatoid. Manakala segelintir lagi pakar berpendapat hallux valgus boleh terjadi disebabkan oleh faktor biomekanikal (flat foot/forefoot varus ), trauma dan daripada kongenital(kanak-kanak).

Ketidakseimbangan biomekanikal atau penempatan posisi kaki yang tidak betul adalah salah satu penyebab yang paling utama dan ini selalunya berlaku apabila bentuk tulang yang tidak normal. Jari kelingking atau jari kaki yang ke-lima yang menyerupai kondisi Bunion disebut sebagai Bunionette.

 

hallux-valgus-bunion-bunionette-sumayya-physio-centre

 

Simptom Hallux Valgus

  • Benjolan yang menonjol di bahagian luar pangkal jari kaki
  • Bengkak
  • Kemerahan di sekitar ibu jari
  • Sakit di sekitar sendi jari kaki pertama dan kedua kerana menggosok antara satu sama lain
  • Kesakitan yang berterusan selama 24 jam
  • Pergerakan jari kaki anda yang terhad
  • Rasa sakit pada bahagian yang terbonjol di ibu jari kaki
  • Bursa yang membesar dan menyebakan keradangan pada kulit
  • Rasa sakit ketika melakukan aktiviti
  • Peningkatan saiz
  • Kesukaran mencari kasut yang sesuai dan selesa

 

Rawatan Hallux Valgus

 

Terdapat 2 jenis pilihan kaedah rawatan iaitu rawatan konservatif dan rawatan melalui kaedah pembedahan

 

Rawatan Konservatif (tidak melakukan pembedahan)

  • Membuat perubahan perubahan pada kasut, iaitu mengubahsuai kasut bergantung kepada tahap parah Bunion seseorang dan keselesaan yang diperlukan.
  • Penggunaan item orthotik seperti splint (alat sokongan)
  • Mendapatkan rehat yang secukupnya, tuam dengan ais atau air panas dan urut perlahan untuk regangkan otot dan sendi.
  • Mengambil ubat untuk kurangkan inflamasi dan sakit (atas arahan Doktor sahaja)
  • Rawatan ini hanya cadangan sahaja dan untuk mengatasi masalah ini secara sepenuhnya seseorang itu haruslah memilih kaedah pembedahan untuk pembetulan sepenuhnya. Ini kerana rawatan konservatif hanya boleh berkesan untuk mengurangkan kesakitan, tetapi tidak ada bukti bahawa teknik ini dapat mengurangkan kecacatan fizikal

 

Pembedahan

  • Prosedur pemilihan pembedahan yang bersesuaian kerana zaman sekarang terdapat banyak pembedahan Bunion. Namun pembedahan ini dikendalikan mengikut umur seseorang, kesihatan dan gaya hidup serta tahap akitiviti seseorang itu.
  • Pembedahan ini bertujuan untuk mengurangkan tulang Bunion dan meluruskan semula tulang ibu jari kaki pertama dan tulang sendinya.

 

Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan untuk Hallux Valgus, boleh hubungi kami di talian 010-2683758 atau terus buat tempahan secara online di https://sumayyaphysio.com/booking

 

Artikel ini ditulis oleh: GJEESAN GONASAGARAN (BPT)
× Boleh saya bantu?